info dan hiburan

Facebook
RSS

Gambar yang pasti menyentuh perasaan kita...


"Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran.. "

Apakah gambaran ini tidak cukup untuk menyentuh hati dan perasaan kita agar bersyukur dengan rezeki yang ada?

Semoga kita menjauhi pembaziran serta tidak bersifat sombong terhadap rezeki Allah.
[ Read More ]

Video eksklusif: Serangan terhadap umat Islam Rohingya

Serangan serta pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar semakin menjadi-jadi, sedangkan badan dunia masih terus membisu?

Pertempuran antara etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Seperti yang dilaporkan, polis menembak ke arah penduduk menyebabkan beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Sebelum ini terjadi pembunuhan yang cukup sadis untuk digambarkan, berikutan serangan oleh puak Buddhis Rakhine terhadap umat Islam Rohingya.

Ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh terdekat ini, termasuk kanak-kanak disembelih dan wanita diperkosa hingga mati. Dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

Sebenarnya pihak berkuasa Myanmar sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan dan 40,000 di Malaysia.

Melihat dan menginsafi kezaliman yang dialami etnik Rohingya, betapa kita bersyukur dengan nikmat kemakmuran yang terdapat di negara kita yang tercinta ini.

Dengan kemampuan yang terbatas dan jarak yang tak terjangkau, sama-sama kita berdoa agar etnik yang teraniaya dan dizalimi ini mendapat perlindungan Allah. amin...

[ Read More ]

Aneh! Mawar Berwarna Biru dihasilkan saintis

(Foto: AFP)

Akhirnya mawar berwarna biru bukan sekadar wujud dalam lukisan atau imaginasi,apabila sekumpulan pengkaji di Amerika berjaya mengembangkan bunga mawar yang benar-benar berwarna biru.

Bunga mawar tersebut merupakan hasil genetik dengan cara mensintesis pigmen yang terdapat pada bunga biru bernama Delphinion. Meskipun sekilas pandang bunga berwarna ungu, namun para saintis mengakui warna tersebut adalah yang paling hampir dengan warna biru.

Di Amerika dan Kanada, mawar biru ini diberi nama Applause, hanya boleh didapati di tempat tertentu sahaja.
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu