info dan hiburan

Facebook
RSS

VIDEO: Aneh! Bayi ini berusia 30 tahun

-
Dang Rohani

Siapa menyangka ‘kanak-kanak’ ini sebenarnya telah berusia 30 tahun. Maria Audete do Nascimento berasal dari Brazil dilahirkan pada 7 Mei 1981. Wanita ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin di Ceara, Brazil.

Wanita berusia 30 tahun ini dijaga oleh ayah dan ibu tirinya, selepas ibu kandungnya meninggal dunia ketika Maria berusia 17 tahun. Seperti mana bayi yang berusia 9 bulan, begitulah sifat yang dialami oleh Maria. Dia tidak mampu untuk melakukan perkara seperti manusia normal yang berusia 30 tahun malah dia juga tidak mampu bertutur.


Atas sebab kemiskinan, keluarga Maria tidak mampu untuk memberikan rawatan yang sewajarnya ketika beliau masih kecil dan ketika ini semuanya seakan sudah terlambat untuk diubati.

Kemiskinan bukan bermakna tiada kasih sayang. Maria tetap dijaga oleh ayah dan ibu tirinya dengan baik. Bagi mereka Maria adalah kurniaan tuhan dan amanah tuhan kepada mereka.

Pakar di Fakulti Perubatan di Universiti Caera menyatakan yang punca perkara ini terjadi disebabkan Maria mengalami masalah kekurangan hormon tiroid yang teruk menyebabkan tumbersaranya terbantut.

Menurut pakar, masalah ini sebenarnya dapat diatasi dan Maria mampu untuk membesar secara normal jika dirujuk kepada pakar ketika dia masih kecil.

Namun segalanya sudah terlambat dan Maria tidak mampu membesar sehingga ke hari ini walaupun sudah berusia 30 tahun.

credit: link

One Response so far.

  1. aneh benor bayi nie kan
    tapi ni semua adalah datang dari Allah s.w.t

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu