info dan hiburan

Facebook
RSS

Video Paus Membaham Manusia Hidup-hidup

Ngeri dan pelik, ikan paus tiba-tiba bertindak ganas membaham seorang pelancong yang sedang beriadah, Apakah video ini benar?

Ada komen-komen yang kata video ini adalah iklan komersil yang telah di edit, tapi berdasarkan fakta ikan paus jenis "killer whale" memang bersifat ganas dan gemar menyerang objek ditepi pantai seperti anjing laut atau manusia.

Walau apapun, ajal maut adalah rahsia Alllah, tiada persoalan bagaimana atau dimana, semua sudah ditentukan-Nya.

[ Read More ]

Gambar Pernikahan Datuk Malek Noor dan Dr Wan Asma

Datuk Malek Noor, 56, selamat melangsungkan pernikahan dengan seorang doktor pakar kanak-kanak Hospital Pakar Perdana, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam satu majlis sederhana di penthouse Kelantan Trade Center,jam 11 pagi tadi.

Majlis akad nikah itu diwalikan bapa kandung Dr Wan Asma sendiri, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, dengan hanya senaskah al-Quran sebagai mas kawin dan tanpa wang hantaran.

Dr Wan Asma seorang ibu tunggal mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu. manakala Datuk Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.




Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...
[ Read More ]

Inti pati pemansuhan SBPA


1. Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

2. Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.

3. Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

4. Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

5. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

6. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

7. Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan.
[ Read More ]

Wanita ini lahirkan 11 anak kembar

Inilah gambar wanita yang melahirkan 11 anak kembar sekaligus, kejadian yang berlaku di negara India, dianggap sebagai keajaiban Tuhan, dan agak jarang berlaku dalam sejarah dunia perubatan. 

11 orang anak dilahirkan semuanya dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi.

Hanya Tuhan yang lebih mengetahui segala keajaiban dan kemungkinan.
[ Read More ]

Gambar Anak dan Ibu yang menyentuh perasaan ramai

 Gambar ini telah yang menyentuh perasaan ramai pengguna internet

Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.

Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan. Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.

Dalam tempoh tiga hari, topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.

Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.

Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)

Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.

"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. -DCM
[ Read More ]

Gambar Menarik Lisa Surihani dan Yusri yang tidak terdapat di Media

Berikut adalah beberapa gambar menarik sekitar perkahwinan Lisa Surihani dan Yusri yang tidak terdapat di media.





Semua gambar diatas kredit kepada shahrizan photography klik SINI untuk melihat banyak lagi.

Semoga berbahagia selamanya
[ Read More ]

Gambar Maya Karin Bersama OKU

Maya Karin, pelakon utama filem 'Ombak Rindu' ini telah meluangkan masanya selama sehari untuk beramah mesra dan mengunjungi beberapa OKU di sekitar Kota Bharu, Kok Lanas dan Pasir Tumboh, Kelantan.





Disebalik kesibukannya selaku penyanyi dan pelakon popular, Maya Karin sempat melakukan aktiviti pertamanya bersama badan kebajikan tersebut di Negeri Kelantan. Kehadiran beliau sebagai duta Yayasan Orang Kelainan Upaya Kelantan (YOKUK) begitu menceria golongan OKU ini.

photo credit: link
[ Read More ]

‘Ratu Putar Alam’ Siapa Sangka?

Siapa sangka? tiba-tiba wajah-wajah ini terkenal dalam carta penjenayah paling dikehendaki PDRM. Mereka bukan saja diburu polis Malaysia, tapi turut dikehendaki pihak berkuasa negara lain kerana perlakuan jenayah di negara terbabit.


"Ratu Putar Alam" ini disyaksi terlibat dengan berbagai kes penipuan termasuk skim cepat kaya yang membabitkan wang mencecah RM400 juta. wooo...banyak tu!

Oleh kerana kesemua mereka adalah warga Malaysia, elok kita berhati-hati, manalah tau mereka ada disekeliling kita.

Sentiasa beringat dan saling berpesan-pesan untuk keselamatan bersama.

sumber: metro
[ Read More ]

Gambar Anak Mawi dan Ekin | Gambar Cahaya Malaika

Ramai peminat yang tak sabar nak lihat gambar wajah anak sulung Mawi dan Ekin.


"Cahaya Malaika" adalah nama bayi perempuan seberat 2.8 kilogram itu, yang dilahirkan pada jam 4 pagi Selasa lalu di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor.


Menurut Mawi, nama 'Cahaya Malaika' yang bermaksud 'Cahaya Permaisuriku' dipilih setelah mendapat persetujuan bersama isterinya, Ekin.

Tahniah untuk Mawi dan Ekin
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu