info dan hiburan

Facebook
RSS

Yahudi dari sisi lain | Yahudi dan Pendidikan | Rahsia Kejayaan Orang Yahudi

-
Dang Rohani

Apakah rahsia kejayaan orang Yahudi? Setelah meneliti dari berbagai sumber, ternyata banyak disiplin yang dapat dipelajari dari masyarakat Yahudi, mereka cuma 14 juta orang di dunia ini, tapi sangat berkuasa dan unggul dalam segala bidang. Mungkin kurang wajar untuk menolak kebenaran dengan alasan politik (zionis) atau agama, kerana dari sudut etnik memang ramai masyarakat Yahudi yang menganut agama Islam.

Artikel ini bukan bertujuan untuk membahaskan sudut politik atau agama asal mereka, Tapi untuk melihat mengapa mereka sangat bijak dan berkuasa. Sudah tentu jawaban besar kepada soalan ini adalah kerana mereka sangat bersatu, dan saling membantu dimana saja rumpun mereka berada.

Beberapa kajian juga menunjukkan masyarakat Yahudi mementingkan budaya Ilmu generasi demi generasi (bukan ilmu hitam). Artikel ini ditulis berdasarkan prinsip ilmiah serta data dari berbagai sumber yang direkodkan oleh Sarjana barat dan para ilmuan Islam tentang masyarakat Yahudi.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari berbagai bidang, Engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana mereka memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Disiplin dalam pemakanan dan budaya ilmu
Pemakanan anak anak Yahudi cukup diawasi, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Anak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan anak yang bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) sebab itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Dari sekolah tahun 1 hingga tahun 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Segala pelajaran akan dengan mudah di fahami oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut mereka, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk pertahanan negara.

Pelajar-pelajar Yahudi sejak sekolah menengah ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadang-kadang kelihatan lucu dan tidak masuk akal, tetapi diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institut pendidikan tinggi seperti Politeknik, Kolej atau Universiti.

Pelajar-pelajar Yahudi juga sangat agresif dan serius tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para pelajar dibidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya. Mereka hanya akan lulus jika kumpulan tersebut (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! 

Anda terkejut? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak mustahil mereka dapat menguasai separuh perniagaan di dunia! 

Siapakah yang mencipta design oleh fakulti bisnes dan fesyen

Saling Mendukung Sesama Mereka
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk jadi usahawan atau berniaga (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah. dan pentadbir dari jawatan kuasa berkenaan akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus nama yang bertaraf dunia.

Dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan sejumlah duit tanpa faedah.

Yahudi bersatu kerana agama
Yahudi bersatu dan bekerjasama untuk mendirikan Israel, semata-mata kerana mereka taat pada agama mereka. Walaupun agama mereka dalam pandangan Islam tidak sah. Juga isinya adalah hasil karangan para rahib dan pendeta mereka, bukan sesuatu yang asli dari Allah SWT. Namun harus kita akui semangat mereka membangun Israel ditambah semua kekuatan ekonomi dan lobi politik, semata-mata kerana mereka ingin menjalankan kewajiban agama mereka. Kerana mereka taat menjalankan agama, maka mereka melakukan semua itu. 

Sebaliknya umat Islam, kebanyakannya menghadapi yahudi bukan dengan semangat agama Islam, melainkan dengan semangat nasionalisme sempit, cita-cita peribadi atau sekadar motif-motif yang terlalu rapuh.

Ini yang perlu kita pelajari dari Yahudi. Bagaimana dengan jumlah yang hanya 14 juta saja di seluruh dunia, mereka begitu ampuh dalam mengatasi kelemahan dengan cara tersendiri. 

Kita umat Islam sekadar bangga mengatakan diri kita telah berjumlah 1.7 billion, Tapi masih jauh untuk dikatakan kukuh. Kita masih mendengar caci maki dan tundingan sesat yang ditujukan ke hidung saudara kita sendiri. Kadang-kadang masalahnya sangat kecil, tapi jadi urusan besar dan berat sekali. Sedangkan Yahudi dengan santai menjalin ukhuwah di antara mereka tanpa ribut-ribut yang mengakibatkan lumpuhnya kekuatan.

Yahudi Menguasai Ekonomi Dunia, Kita masih gagal menguasai diri
Salah satu kelemahan paling dasar umat Islam adalah masalah ekonomi. Jangankan memiliki, sedangkan untuk sekadar mengatasi rasa lapar saja, jutaan umat Islam di berbagai negara Islam masih menggantungkan harapan dari belas kasihan negara lain.

Jadi bagaimana mahu bangunkan khilafah, sedangkan untuk membangun sekolah pun tidak mampu? Bagaimana mahu menegakkan daulah Islamiah, sedangkan untuk membiayai hidup jamaah saja harus mengemis?

Orang-orang Yahudi tidak sekadar berhenti pada retorika, ketika mereka menyatakan ingin membangun Israel. Mereka tidak pernah berteriak dijalanan melaungkan slogan nasionalisme , Tapi mereka sudah sampai ke tahap bekerja secara sistematis. Mereka dirikan begitu banyak perusahaan multi nasional yang menguasai hajat hidup masyarakat dunia, sebagai penopang dan tiang penyangga negara impian mereka.

Sedangkan kita, untuk mencapai cita-cita peribadi di negara sendiri, terpaksa keluar untuk mengemis dari mereka, untuk meraih simpati serta dukungan dari pelobi kapitalis. Alangkah ironi, rupanya kita sekadar layak jadi pemidato saja sambil memetik hadis-hadis untuk dijadikan candu agama.

Bukan itu saja, kita tidak berhenti setakat beretorik, bahkan malah berujung kepada saling menyalahkan sesama sendiri. Tapi sambil menyalahkan, kita tetap saja berpangku tangan, tidak bergerak, tidak mendirikan perusahaan multi-national, tidak menggarap apa-apa. Dan kita berasa cukup bangga sekali sekadar berjualan dengan MLM, atau jualan minyak wangi, buku, madu, atau apa saja yang mudah diantara yang termudah, Sambil menganggap diri sebagai "luar biasa".

Mungkin ada yang merasakan terlalu jauh dan 'salah' untuk mencontohi Yahudi. Tapi lihatlah masyarakat Cina, dimana saja mereka berada mereka mampu mencipta kemajuan ekonomi. semua itu kerana mereka lebih bersatu, dan sangat mementingkan budaya ilmu.

Kita cuma masih terbiasa menganggap orang lain maju kerana mengambil hak kita, dan sambil mendabik dada kita mengharap subsidi setiap kali bersuara. Entah berapa dasawarsa slogan itu sudah basi, Namun kita tidak pernah malu mengunyah hingga hari ini.

al-basri 
2010

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu