info dan hiburan

Facebook
RSS

Syarat Skim Amanah Rakyat 1Malaysia | Permohonan SARA 1Malaysia

-
Dang Rohani


Terma dan Syarat untuk memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

1. Kelayakanwarganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun

2. Pemohon mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500 - RM3000.

3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain kerajaan yang diuruskan oleh AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar.

5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memilliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU;  sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000. (sepuluh ribu)

6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.

7. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.

Pendapatan isi rumah ialah;

a. Jika Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri atau isteri-isteri.

b. Jika Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

c) Jika anak yang telah berkahwin dan tinggal dalam rumah yang sama, boleh memohon secara berasingan.

2. Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut

Kad pengenalan pemohon - 2 salinan
Kad pengenalan pasangan ( jika berkenaan ) - 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan seperti dibawah :

Dokumen Pengesahan Pendapatan

i. Jika Bekerja Tetap Bagi pemohon dan/atau pasangan bekerja:
Satu (1) salinan penyata gaji untuk tiga (3) bulan terkini yang disahkan oleh majikan;

Atau

ii. Jika Bekerja Sendiri atau Berniaga atau lain-lain Satu (1) salinan Penyata Bank 3 bulan terkini dan perlu disahkan oleh Pegawai Pengesah.

Atau

iii. Sekiranya tiada penyata gaji atau penyata bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan digunapakai

Dokumen Sokongan dan Borang BPPSARA1M perlu sahkan dan ditandatangani dihadapan SAKSI samada;

· Majikan; atau
· Penghulu; atau
· Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli; atau
· Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional; atau
· Ahli Dewan Undangan Negeri; atau
· Ahli Parlimen.

3 Tempoh Pinjaman Tempoh 60 bulan (5 tahun). Peminjam tidak dibenarkan untuk membuat penjelasan awal.

4 Had Pinjaman RM 5,000

5 Pengeluaran Wang Pinjaman bagi pembelian AS 1Malaysia akan dibayar terus kepada ASNB.

6 Permulaan Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bulan pinjaman dikeluarkan dimana:

a. Bayaran Bulanan untuk:

i. Bulan pertama (1) sehingga bulan ke 59 sebanyak RM84 sebulan.

ii. Bulan ke 60 (bayaran akhir ) , sebanyak RM44

3 Cara Pembayaran Balik Bulanan

Peminjam hanya perlu mendeposit amaun pokok pinjaman ke dalam Akaun GIRO Khas Individu

Melalui skim ini,insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia.

Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.

p/s : hanya 50% untuk Bumiputra, 30% untuk Cina, 15% India dan 5% lain-lain
peruntukan yang disedikan hanya RM500 juta sahaja. siapa cepat dia dapat.

Tarikh Permohonan Dibuka : 30 Januari 2012 ( tertakluk kepada pindaan ) sehingga peruntukan yang disediakan habis.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu