info dan hiburan

Facebook
RSS

Motivasi: Tentang Anak dan Kehidupan

Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar untuk mencaci.

Jika anak dibesarkan dengan kekerasan, ia belajar untuk melawan.

Jika anak dibesarkan dengan ketakutan, ia belajar hidup gelisah.

Jika anak dibesarkan dengan rasa hiba, ia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan persendaan, ia belajar rendah diri.

Jika anak dibesarkan dengan iri hati, ia belajar kedengkian.

Jika anak dibesarkan dengan dipermalukan, ia belajar merasa bersalah.

Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri.

Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai.

Jika anak dibesarkan dengan penerimaan, ia belajar mencintai.

Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi diri.

Jika anak dibesarkan dengan pengakuan, ia belajar mengenali tujuan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa berbagi, ia belajar kedermawanan.

Jika anak dibesarkan dengan kejujuran dan keterbukaan, ia belajar tentang kebenaran dan keadilan.

Jika anak dibesarkan dengan rasa selamat, ia belajar memberi kepercayaan.

Jika anak dibesarkan dengan keredhaan dan persahabatan, ia belajar memcipta cinta dalam kehidupan.

Jika anak dibesarkan dengan ketentraman, ia belajar berdamai dengan pikiran.

[ Read More ]

Hafiz Juara Lagu AJL26 | Hafiz Awan Nano Juara Lagu | Awan Nano AJL26

Debaran Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) berakhir dengan lagu Awan Nano yang dinyanyikan Hafiz dinobatkan sebagai Juara AJL26, memperlihatkan kehebatan komposer M.Nasir dan penulis lirik Budi Hidayat.


Lagu Awan Nano Nyanyian Hafiz
[ Read More ]

Kenali Bill Gates | Siapa Bill Gates? | Rahsia Kejayaan Bill Gates


Lebih dikenali dengan nama Bill Gates, William Henry Gates III lahir 28 Oktober 1955 adalah seorang tokoh terhebat dalam revolusi komputer. Beliau adalah pengasas bersama Microsoft Inc, perusahaan software yang diusahakan bersama Paul Allen.

Bill Gates yang tersenarai dikalangan orang-orang terkaya di dunia dan diisytiharkan sebagai manusia terkaya di Planet bumi pada 1995 hingga 2009, meskipun pada 2008 kedudukan tersebut menurun sebagai orang ketiga terkaya selepas Warran Buffett dan Carlos Slim Helu. menurut Forbes.

Pada bulan Januari 2000, Gates mengundurkan diri sebagai eksekutif tertinggi Microsoft, untuk memberi komitmen sepenuh masa pada badan amal ‘Bill & Melinda Gates Foundation’. Namun beliau masih lagi ketua arkitek software dalam Microsoft Inc.

Anak kedua dari tiga beradik ini dilahirkan dari pasangan William Henry Gates Sr., seorang peguam, dan Mary Maxwell, pegawai Interstate Bank, Pacific Northwest Bell. Gates belajar di Lakeside School, sekolah elit yang paling unggul di Seattle.

Kemampuan komputer Bill Gates sudah diakui sejak masih bersekolah di Lakeside. Bermula dengan menggodam komputer sekolah, mengubah jadual, dan penempatan pelajar.

Tahun 1968, Bill Gates, Paul Allen, dan dua hackers lain telah diupah oleh Computer Center Corp. untuk menjadi ‘penguji’ sistem keselamatan perusahaan tersebut. Sebagai balasan, mereka diberi kebebasan untuk menggunakan komputer syarikat. Menurut Bill Gates waktu itu lah mereka benar- benar dapat "memasuki" komputer.

Sejak itu, kemahiran computer Bill Gates semakin terserlah. Dan dengan mencipta program sistem pembayaran untuk Information Science Inc, merupakan bisnes pertama mereka. Kemudian bersama Paul Ellen mendirikan perusahaan pertama yang disebut Traf-O-Data.

Disinilah mereka mula mengembangkan kemampuan menuju pembentukan Microsoft.

Meskipun dilabel sebagai ‘College drop-out’, sewaktu di Harvard kerana gagal mencapai keputusan yang baik dalam pengajian undang-undang. Namun semasa belajar di Harvard, Bill Gates dan Paul Allen telah menulis program Altair BASIC untuk Altair 8800 pada pertengahan 1970. Altair merupakan komputer peribadi pertama yang berjaya.

Kejayaan tersebut menjadi inspirasi untuk Gates dan Allen mencipta Microsoft BASIC, bahasa komputer terjemahan utama untuk sistem operasi komputer MS-DOS, yang menjadi kunci pada kejayaan Microsoft.

Sejak Microsoft ditubuhkan pada tahun 1975, Bill Gates bekerja 14 jam tiap hari, dan semasa membangunkan system operasi Windows untuk pertama kalinya Bill Gates hanya tidur 8 jam dalam seminggu.

“Setiap cerita kejayaan, bermula dengan impian” itulah ungkapan Bill Gates yang paling popular, Disebalik kejayaan Bill Gates sebenarnya beliau melalui kepayahan dan keperitan, bahkan pernah dianggap sebagai orang yang kurang siuman dan menjengkelkan. Semuanya kerana ‘kegilaannya’ terhadap komputer dan teknologi.

Bertitik tolak dari semua itu, Bill Gates pernah dinobat sebagai usahawan muda terkaya di dunia, bila kekayaannya mencapai berbillion-billion dollar, dan kekayaan tersebut terus meningkat. Berdasarkan kiraan matematik, pendapatan Bill Gates ialah 300 US dollar setiap saat.

Jika dikira dalam Ringgit Malaysia, pendapatannya ialah : 1 saat = RM960 ; 1 minit = RM57,600 ; 1 jam = RM3.4 juta ; 1 hari = RM483 juta

Ketika berusia 41 tahun, Bill Gates berkahwin dengan Melinda French pada 1 Januari 1994. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Jennifer Katharine Gates (1996), Rory John Gates (1999) and Phoebe Adele Gates (2002).


Keluarga Gates dan Melinda tinggal di rumah mereka yang didirikan diatas tanah 5 hektar dan menelan kos 53 juta dolar. Rumah yang dilengkapi dengan sistem komputer yang amat canggih dengan 7 bilik tidur utama, 24 bilik mandi dengan 10 diantaranya sangat mewah, 6 dapur, 6 tempat unggun api, perpustakaan, ruang bermain keluarga, fasiliti kesihatan yang lebih bagus daripada yang biasa terdapat di club-club serta kolam renang indoor yang dilengkapi dengan underwater music system.

Gambar rumah Bill Gates
[ Read More ]

Video dan Gambar Menarik Fenomena Ribut Solar 2012

Fenomena ribut solar terbesar selama tempoh 6 tahun telah berlaku pada 24 Januari 2012. Kesannya, ia menghasilkan cahaya yang menakjubkan di langit Hemisfera Utara Scotland, Kanada dan Norway.

Terdapat juga maklumat berita mengatakan ribut solat terbesar akan berlaku sekali lagi pada 29 Januari 2012, 11 pm EST. ribut boleh mencapai satu tahap yang boleh menyebabkan paparan cahaya semulajadi boleh dilihat lebih jauh ke selatan, iaitu sehingga Idaho dan New York, bahkan di Illinois dan Oregon, di Amerika Syarikat Amerika Syarikat. Fenomena ini akan menyebabkan bumi bakal dilanda suar solar sebanyak tiga kali dan mendatangkan tiga kesan yang berbeza, iaitu pelepasan sinaran elektromagnet, diikuti oleh radiasi dalam bentuk proton dan terakhir pelepasan korona (plasma dari matahari) secara besar-besaran.

Kesan yang diterima bumi hasil daripada ribut solar ini termasuklah, gangguan grid elektrik, medan magnet bumi terganggu, berlaku gangguan biologi bagi sesetengah hidupan, gangguan penghantaran/transmisi radio serta memberi kesan kepada aktiviti geologi.







photo and video : link, link, link,
[ Read More ]

Syarat Skim Amanah Rakyat 1Malaysia | Permohonan SARA 1Malaysia


Terma dan Syarat untuk memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

1. Kelayakanwarganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun

2. Pemohon mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500 - RM3000.

3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.
4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain kerajaan yang diuruskan oleh AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (ASNB) iaitu Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW2020-Bandar.

5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memilliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU;  sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000. (sepuluh ribu)

6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.

7. Kelulusan permohonan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh institusi kewangan.

Pendapatan isi rumah ialah;

a. Jika Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri atau isteri-isteri.

b. Jika Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.

c) Jika anak yang telah berkahwin dan tinggal dalam rumah yang sama, boleh memohon secara berasingan.

2. Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut

Kad pengenalan pemohon - 2 salinan
Kad pengenalan pasangan ( jika berkenaan ) - 1 salinan
Dokumen Pengesahan Pendapatan seperti dibawah :

Dokumen Pengesahan Pendapatan

i. Jika Bekerja Tetap Bagi pemohon dan/atau pasangan bekerja:
Satu (1) salinan penyata gaji untuk tiga (3) bulan terkini yang disahkan oleh majikan;

Atau

ii. Jika Bekerja Sendiri atau Berniaga atau lain-lain Satu (1) salinan Penyata Bank 3 bulan terkini dan perlu disahkan oleh Pegawai Pengesah.

Atau

iii. Sekiranya tiada penyata gaji atau penyata bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan digunapakai

Dokumen Sokongan dan Borang BPPSARA1M perlu sahkan dan ditandatangani dihadapan SAKSI samada;

· Majikan; atau
· Penghulu; atau
· Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli; atau
· Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional; atau
· Ahli Dewan Undangan Negeri; atau
· Ahli Parlimen.

3 Tempoh Pinjaman Tempoh 60 bulan (5 tahun). Peminjam tidak dibenarkan untuk membuat penjelasan awal.

4 Had Pinjaman RM 5,000

5 Pengeluaran Wang Pinjaman bagi pembelian AS 1Malaysia akan dibayar terus kepada ASNB.

6 Permulaan Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan akan bermula pada bulan berikutnya selepas bulan pinjaman dikeluarkan dimana:

a. Bayaran Bulanan untuk:

i. Bulan pertama (1) sehingga bulan ke 59 sebanyak RM84 sebulan.

ii. Bulan ke 60 (bayaran akhir ) , sebanyak RM44

3 Cara Pembayaran Balik Bulanan

Peminjam hanya perlu mendeposit amaun pokok pinjaman ke dalam Akaun GIRO Khas Individu

Melalui skim ini,insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit-unit tambahan AS 1Malaysia.

Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum selama 5 tahun.

p/s : hanya 50% untuk Bumiputra, 30% untuk Cina, 15% India dan 5% lain-lain
peruntukan yang disedikan hanya RM500 juta sahaja. siapa cepat dia dapat.

Tarikh Permohonan Dibuka : 30 Januari 2012 ( tertakluk kepada pindaan ) sehingga peruntukan yang disediakan habis.
[ Read More ]

Tebusan Kampung Baru: Mangsa diselamatkan, Suspek cedera ditembak

Drama Tebusan Kampung Baru berakhir - Mangsa Fifi Ramadhanni, kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki selama 6 jam di rumah keluarganya di Lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru, Kuala Lumpur. berjaya diselamatkan.

Suspek dipercaya bawah pengaruh dadah berusia 34 tahun berasal dari Sabah, mengugut untuk membunuh mangsa tebusan dengan sebilah pisau.

Tebusan dibawa keluar selepas polis berjaya menumpaskan lelaki berkenaan.

Dilaporkan suspek tercedera akibat tembakan pihak polis telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Polis terpaksa melepaskan tembakan setelah semua usaha memujuk gagal.


Tahniah untuk pasukan Polis!

photo credit nst
[ Read More ]

The Paradox of Fact, or....?

Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.
Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.

The names Lincoln and Kennedy each contain seven letters.
Both presidents were particularly concerned with civil rights.
Both presidents' wives both lost children while living in the White House.
Lincoln's wife advised him not to go to the theatre and
Kennedy's wife advised Kennedy not to go to Dallas.

Abraham Lincoln died in 1865.
Andrew Johnson died in 1875.
John F. Kennedy died in 1963.
Lyndon Johnson died in 1973.

Both presidents were shot on a Friday.
Both presidents were shot in the head.
Both presidents were shot while seated next to their wife.
Both presidents were assassinated by Southerners.

Both were succeeded by Southerners.
Both successors were named Johnson.
Andrew Johnson, who succeeded Lincoln, was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.
Both successors left the presidency in disgrace without running for reelection.

John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln, was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.
Both assassins were known by three names, both names contain fifteen letters.

Booth ran from the theater and was caught in a warehouse.
Oswald ran from a warehouse and was caught in a theater.
Booth and Oswald were assassinated before their trials.

Lincoln was shot in the Ford Theatre and Kennedy was shot in a Ford Lincoln

credit to link
[ Read More ]

Happy Birthday Bibi


Selamat Harijadi untuk anakku yang dikasihi,

Ya Allah. Sampaikan selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Selawat yang tidak terbatas, dan yang tidak terhingga.

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan tubuhnya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kejernihan hati.

Berikanlah kepadanya apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin

Dang Rohani

[ Read More ]

PERCAYA ATAU TIDAK !


1. Sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi anda, dan sanggup mati kerana anda atau menyayangi anda dalam beberapa cara.

2. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

3. Senyuman dari anda boleh membawa kegembiraan buat seseorang, walaupun anda tidak menyukainya.

4. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

5. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

6. Kalau bukan kerana anda seseorang itu tidak akan berasa bahagia.

7. Anda seorang yang istimewa dan unik dimata seseorang.

8. Seorang yang tidak diketahui sedang menyayangi anda.

Walaupun sesekali kita berasa hidup keseorangan didunia ini. Ingatlah pada waktu itu ada seseorang sedang menunggu, sedang mengharap, sedang memerhati atau sedang menyayangi kita.


al-basri
[ Read More ]

Gambar Lucu: Hanya di India | Only in India

India juga memiliki berbagai ragam serta berbagai kerenah yang melucukan dengan cerita tersendiri, dibawah adalah koleksi gambar menarik Hanya di India.

seorang sebuah kuih susu untuk sekumpulan tikus

mungkinkah kerana kepadatan penduduk?

restoran Star Bucks yang terletak di Goa, India

hebat...!!!

Bas sekolah roda tiga...
[ Read More ]

Pendidikan Perlu Kesungguhan! Bukan Air jampi...

Pandangan ini bukan bertujuan untuk menggurui sesiapa, dan tidak juga berharap orang lain akan mengiringi pandangan saya. Namun saya yakin ramai yang percaya pendidikan perlukan kesungguhan dan bukan sebaliknya.

Cuma berasa aneh, bila ada sesetengah masyarakat menganggap pendidikan seperti dalam perjudian. Sehingga ada yang merasakan, lulus atau gagal adalah nasib. Ungkapan “kalau nasib baik lulus, kalau nasib tak baik gagal…”, bukanlah asing didengar.

Ironinya hal ini sering terjadi dalam masyarakat Islam, malah tidak kurang juga para ibubapa sibuk mendapatkan air jampi dari ‘ahli-ahli tertentu’ bila menjelang peperiksaan anak-anak mereka.

Kata mereka, jika minum air jampi pada malam hari akan memudahkan mereka menjawab soalan peperiksaan nanti. Kononnya, sudah banyak terbukti air jampi dari ‘ahli-ahli tertentu’ dapat membantu untuk mendapatkan keputusan cemerlang anak-anak.

Persoalannya, apakah dengan meminum air jampi menyebabkan seorang pelajar peka terhadap semua subjek. Jika selama itu mereka tidak belajar bersungguh-sungguh, jauh sekali peka terhadap ilmu yang diajar.

Sekalipun jiwa mereka ‘terang-benderang’ oleh jampi serapah, apakah mereka akan memiliki jawapan untuk sesuatu yang mereka tidak pernah tahu? Disinilah persoalan yang perlu dicerna dengan logika dan tanggungjawab moral.

Tanggapan atau budaya seperti itulah yang melemahkan usaha kita terhadap pendidikan. Bayangkan saja kalau generasi baru turut terpancing dengan andaian seperti itu, bukankah ini akan mengurangkan kesungguhan dan melemahkan daya motivasi seorang pelajar.

Pendidikan memang bergantung sepenuhnya pada kesungguhan serta disiplin, jika kita bersyukur kerana memiliki peluang untuk bergerak ke arah itu. Bahkan ramai lagi yang sekadar mampu bercita-cita, tapi tidak berkesempatan.

Pendidikan tidak pernah menipu kita, namun kita boleh saja menipu diri jika percaya pada kebiasaan yang salah. Jika pun pendidikan tidak membawa kita terlalu jauh, setidaknya ‘pendidikan’ akan mengubah jalan yang kita lalui untuk meneruskan penghidupan dengan penuh disiplin.
by: al-basri 

[ Read More ]

Gambar Costa Concordia Karam Bagai Titanic

Costa Concordia sebuah kapal persiaran mewah yang karam di persisiran Tuscany,Itali menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan memaksa 4,165 penumpang dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran.

Kejadian yang dianggap seperti adegan filem Titanic, terjadi dalam sekelip mata. Laporan semalam mengatakan tugas-tugas menyelamat jadi semakin sukar, berikutan kedudukan kapal Costa Concordia mulai condong dan tengelam.




[ Read More ]

Video: Hebat ! Pertarungan Antara Buaya dan Ular Sawa

Siapakah Pemenangnya? Teruskan menonton...


[ Read More ]

Yume Neko Smile: Robot kucing tercanggih di Dunia

Salam santai buat teman-teman, nak kongsi sikit info pasal robot yang menarik ini. 


Robot yang bernama The Yume Neko Smile (Senyum Kucing Impian) adalah robot kucing yang sangat unik dan canggih tidak seperti kucing mainan biasa. 

The Yume Neko Smile tinggi 13 inci dan berat 4,5 pound. Dilengkapkan dengan 5 sensor tersembunyi yang bertindakbalas terhadap sebarang sentuhan.

Yume Neko boleh mengelipkan mata, menggerakkan mulut dan lehernya, menaikkan ekor serta boleh tertidur. Selain boleh mengiaw, robot kucing ini juga mampu berdengkur ketika tidur, Bahkan mampu menunjukkan reaksi marah jika ekornya ditekan.

Kononnya setelah ditinggal dalam satu ketika, seperti kucing yang sebenarnya, dia akan tertidur, mulai mendengkur perlahan dan akhirnya diam dalam mode low-power…haha

Paling pasti, bulu kucing ini tidak berbau atau mendatangkan alergik. Alangkah menarik kalau harganya murah.. boleh juga beli satu!
[ Read More ]

Gambar: Pengantin Lelaki Tertua di Dunia Berusia 120 Tahun


Dalam usia yang ke 120, Hazi Abdul Noor menikah untuk kali ke dua dengan seorang wanita yang berusia 60 tahun. Beliau dianggap sebagai pengantin lelaki tertua di dunia.

Isteri pertama dari Hazi Abdul, Salma Khatun telah meninggal dunia enam tahun yang lalu. Mereka sendiri memiliki dua anak lelaki, empat anak perempuan dan sejumlah cucu. Seperti diberitakan Daily Mail, Khamis (27/10/2011).

Dilaporkan ketika Salma Khatun meninggal dunia, Hazi Abdul terus meminta anak lelakinya yang bernama Hazi Azir Uddin, agar mencari seorang calon isteri yang baru.

"Tidak mudah bagi saya mencari seorang wanita yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang berusia lebih 100 tahun. Namun, kerana kehendak Tuhan, saya menemui calon isteri berusia 60 tahun untuk ayah saya" kata Hazi Azir.

Perkahwinan Hazi Abdul, 120 dan Samoi Bibi,60 yang berasal dari Sathgori, India. Dihadiri kira-kira 500 jemputan.
[ Read More ]

Happy Birthday to Moon...


Selamat Harijadi yang ke 16 untuk anaku yang dikasihi,

Ya Allah. Sampaikan salawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Salawat yang tidak terbatas,  dan yang tidak terhingga.

Ya Allah. Anugerahkan kepadaku kelangsungan hidup anakku, panjangkan usianya, sihatkan tubuhnya, akhlaknya, agamanya, sejahterakan jiwa dan raganya, alirkan rezekinya melalui tanganku, anugerahkan kepadanya kecerdasan akal dan kejernihan hati.

Berikanlah kepadanya apa yang terbaik di dunia dan akhirat. Amin 

 

[ Read More ]

Selamat Harijadi Siti Nurhaliza | Gambar Siti Sambut Harijadi di Dubai

HARI ini 11 Januari 2012 adalah Ulang tahun kelahiran penghibur kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza yang ke 32 tahun.

Bila penyanyi tersohor sambut ulang tahun kelahirannya, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah hadiah yang bakal diterima daripada suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Nampaknya Datuk Siti dan suami meraikan tarikh penting ini diluar negara. Berdasarkan maklumat di twitter, beliau dan suami sedang berada di Dubai. Dibawah adalah gambar terkini yang Datuk Siti kongsi bersama peminat di twitter;





[ Read More ]

Fakta Aneh: Gumpalan rambut ditemui dalam perut


Fakta aneh dalam dunia perubatan; Pada tahun 2007, seorang gadis 18 tahun dirawat di Pusat Perubatan Universiti Rush Chicago kerana mengalami sakit perut, muntah, dan perit di bahagian perut. Gadis ini telah mengalami sakit perut yang berterusan selama 5 bulan berturut-turut.

Ketika Doktor memerhatikan paparan gambar x-ray, mereka menemui benda aneh di dalam saluran pencernaannya. Doktor yang pada awalnya hanya membuka sayatan kecil untuk mengambil objek tersebut. Kemudian terpaksa melakukan pembedahan kerana objek berkenaan adalah gulungan rambut. Akhirnya para doktor berjaya mengeluarkan satu gumpalan rambut yang besar, seberat 20 paun. Seperti dilaporkan The New England Journal of Medicine.

Rupanya, gadis muda tersebut mengidap trichophagia, atau kelainan mental yang gemar makan rambut sendiri.

[ Read More ]

Gambar Menarik: Hanya di Afrika!






[ Read More ]

GAMBAR: Kuching dilanda banjir kilat

Kuching hari ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat tanpa henti sejak tengah malam tadi. Beberapa jalan utama dinaiki air menyebabkan kesesakan teruk di laluan keluar masuk pusat bandar.

Dilaporkan seorang murid perempuan tingkatan 6 dan pekerja stesen minyak masih hilang dihanyutkan arus deras ketika banjir kilat mulai melanda bandar raya ini sekitar jam 7 pagi tadi. Dan pihak berkuasa masih berusaha mencari dan menyelamat kedua-dua mangsa...



Gambar: sumber dari rakan FB
[ Read More ]

GAMBAR: 10 Negara Terbersih Dunia




Switzerland

Sweden

Latvia

Austria

Norway

Columbia

New Zealand

Perancis

Finland

Costa Rica
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu