info dan hiburan

Facebook
RSS

6 Fakta Menarik tentang Tidur




1. Saat kita sedang tidur nyenyak; nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tahap yang paling rendah.

2. Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita dalam keadaan sedar.

3. Banyak penderita insomnia -penyakit susah tidur- adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan kebanyakan penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.

4. Rata-rata orang terjaga sebanyak 6 kali pada waktu mereka tidur.

5. Ketika tidur suhu tubuh kita akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya kadar paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.

6. Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bahagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari persekitaran.

[ Read More ]

Sejarah Islam: Peristiwa-peristiwa di bulan Ramadhan

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh.

[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu