info dan hiburan

Facebook
RSS

PUISI : Janji yang mematikan (Hukum Dunia)

-
Dang Rohani




Tatkala ingin merebut piala kemenangan
Dunia menjanjikan kita sebagai raja,
Melalui watak-watak yang berlainan.
…menjadikan kita payah membezakan, yang mana nafsu yang mana keinginan.
Kerana disitu peluang sering beriringan,
Sama-sama meneriakkan kemesraan.

Tatkala hampir pada persimpangan,
Dunia menjanjikan kita sebuah syurga,
Melalui jalan-jalan yang berbeza.
…kita terpanggil oleh kedewasaan itu, untuk mengujudkan cinta kepada dunia.
Kerana disitu ada kemegahan,
Budi dan hati saling berpacuan.

Andaikata kemenangan sudah berpihak, dan kejayaan sudah ditangan
Dunia akan menjadikan kita sebagai hamba,
Untuk mengawal setiap pintu yang mematikan.
…akhirnya memaksa kita keluar bersendirian, untuk mencari kuburan sendiri.
Dengan mata separuh terbuka,
Dan hati sepenuh terkunci..

 al-basri

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Stats & Counter

    Blogupp

    review http://dangrohani.blogspot.com/ on alexa.com

    info

    Metro beritaharian NST utusan

    Buku Tamu